Kalau Anak Ada 5 Tanda Ini, Mereka Mula Jadi ‘Raja’ Pada Mak Ayah

3322

Jom semak 5 tanda ini. Awas jika ada pada anak anda ! Ternyata mereka sudah menjadi ‘raja’ dalam diam. Jika dibiarkan, parah jadinya. Apabila besar nanti, ditakuti anak-anak ini sudah hilang rasa hormat kerana selama ini mereka yang mengawal ibu-bapa.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.

5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :

1. Mak ayah mula jadi overprotective

Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak

Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.

3. Mak ayah bagi je semua makanan yang  anak minta

Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak.

4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis

Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya

Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here