Panglima’ Kembali Ke Medan ‘Perang’, Dr. Rohaizat Dipanggil Semula Dari Bersara Bantu KKM Lawan COVID-19

1070

Ibarat ‘sirih pulang ke gagang’, bekas Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Rohaizat Yon telah kembali semula ke medan ‘perang’.

Kemunculannya ketika sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya petang tadi turut diperakui oleh ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Difahamkan, beliau dipanggil berkhidmat semula secara kontrak adalah bagi membantu KKM ‘berperang’ serta mengawal penularan jangkitan COVID-19 yang masih belum tamat.

Mengimbas kembali, beliau telah menamatkan kariernya dalam dunia perubatan bersama KKM pada 10 Jun lalu setelah 35 tahun berkecimpung dalam kementerian tersebut.

Semoga kembalinya Dr. Rohaizat ke ‘pangkalan’ KKM akan memperkukuhkan lagi usaha negara untuk pulih semula daripada wabak satu hari nanti.

Selamat bertugas demi rakyat dan negara.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here