Walau Tiada ‘Printer’ Di Rumah, Keluarga Gigih Lukis Semula Untuk Murid Ini Dapat Siapkan Tugasan Ketika PKP

1196

Itulah peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan semangat ahli keluarga membantu meringankan beban adik mereka dalam menyelesaikan kerja sekolah yang diberi cikgu.

Dalam keluarga yang serba kekurangan ini mereka saling membantu antara satu sama lain.

Jelas menunjukkan usaha tangga kejayaan apabila seorang guru di sebuah sekolah di Kota Bharu memuat naik hasil kerja anak muridnya di laman Facebook.

Menurutnya, keluarga ini tidak mempunyai alat pencetak tetapi hasil kerja yang diberikan tetap sama kerana mereka melukis sendiri. Usaha ini telah membanggakan ramai para pendidik di sekolah tersebut.

Kerja sekolah PKP tempoh hari. Murid saya tahun 1 tiada printer.

Tapi bagus keluarganya siap tolong lukis. Arahan kerja asalnya tak perlu lukis hanya tulis sahaja (bagi yang tiada printer) tapi abe-abe (abang) kak-kak dio (dia) tolong lukis.

Pelajar yang diberi nama Zuhair ini, mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya walaupun keluarga ini serba kekurangan tetapi sifat kasih sayang antara keluarga ini tinggi tiada bandingnya.

Takde jumpa lagi setakat ni yang family tolong lukiskan untuk adik dia
Kata Adly lagi, pelajar ini merupakan salah seorang penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bukan daripada keluarga yang senang. Jika ada insan yang berhati mulia untuk meringankan beban keluarga ini turut dialu-alukan.

Zuhair bersama Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1
Saya sebagai cikgu seni memang nak anak murid saya minat seni. Saya sendiri pelukis juga pernah wakil Malaysia ke China dan Kanada.

Semoga menjadi inspirasi kepada murid dan ibu bapa dalam mengambil cakna pembelajaran anak-anak. InshaAllah.

Sumber: Adly Razali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here