Ramai Yang Terlepas Pandang, Baby Bump Adalah AURAT, Wajib Ditutup!

2233

Ditutup yakni pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk ibu yang mengandung apatah lagi mak-mak di kalangan wanita bertudung.

Oleh sebab itu, mak-mak kita dahulu asingkan baju mengandung dan baju biasa kerana tidak semua baju sesuai dipakai ketika mengandung. Memakai baju yang longgar ketika ibu sedang mengandung amat manis dipandang mata. Jaga-jaga ya, ada juga mata-mata lelaki yang gemar melihat “baby bump”.

Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan peringatan buat kita semua. Perbetulkan jika selama ini kita salah.

Ada seseorang tanya saya. Kenapa ramai orang perempuan yang hamil apabila bergambar suka pegang bawah baby bump sampai nampak jelas bentuk perut?

Kadang tudung sudah labuh, pakaian sudah longgar tetapi apabila bergambar pegang atas bawah perut lalu nampaklah bentuk aurat tubuh.

Ingat bahawa bentuk perut itu aurat yang wajib ditutup seperti bentuk dada juga. Malu kan apabila orang nampak bentuk tubuh, bentuk dada?

Sesungguhnya hanya wanita yang sudah dicabut rasa malu sahaja yang gigih mahu menunjukkan bentuk dadanya apabila bergambar.

Maka, begitu jugalah sepatutnya para ibu hamil merasa malu dan segan andai bentuk tubuh badannya menjadi tontonan umum.

Ingatlah wahai wanita, Malu itu adalah iman. Sama-sama kita ingat mengingatkan dan bertaubat. Insyallah.

Sumber: Mingguan Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here