7 Cara Nak Tahu Yang Kita Sebenarnya Tak Bertepuk Sebelah Tangan!

1187

Tak cuba tak tahu tapi bila cuba dan tak diterima, malu. Beria-ia kita ingat dia melayan dan berkongsi cerita tu sebenarnya dia suka kat kita, padahal kita tak tahu yang dia sebenarnya senang berkawan je dengan kita.

Apabila si gadis meluahkan rasa cinta, sayang pada lelaki yang dia suka dan jika lelaki tu memberi respon yang positif dan mempunyai perasaan yang sama, boleh teruskan usaha hingga ke jinjang pelamin.

1. Mengingati Latar Belakang Dan Hal Peribadi

Lelaki tu mula berusaha untuk mengingati hal peribadi kau seperti nama penuh, tarikh lahir, asal, tempat tinggal, adik beradik berapa orang, nama mak ayah. Berkemungkinan besar lelaki itu suka ke kau.

2. Selesa Berkongsi Cerita

Lelaki tu akan mula bercerita tentang hal peribadi dia, tentang keluarga dia. Dia selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Dia juga selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada dalam situasi yang sukar.

3. Mengambil Berat

Dia mula mengambil berat tentang kau. Selalu tanya sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang kau suka dan apa yang kau tidak suka. Pertanyaan-pertanyaan itu tak semestinya ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka.

4. Menjadi Yang Terbaik

Contohnya, kau minat mendaki gunung ataupun camping. Dia pun mula nak into ke scene yang kau suka. Dia cuba nak buat benda yang kau suka buat dengan baik dan sempurna. Dia akan cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit.

5. Stalk Laman Sosial

Dia mula add Fesbuk kau, Wechat, Twitter, Insta. Ada gambar kau dia like. Semua post kau dia like dan komen. Dia juga rapat dengan kawan-kawan perempuan kau.

6. Selalu WhatsApp

Sekarang ni WhatsApp antara medium perhubungan yang paling diminati. Jadi, dia selalu WhatsApp kau. Kalau seharian kau tak balas mesej dia akan mula kucar kacir. Kau baca tapi blue tick pun dia mula resah.

7. Bersungguh-sungguh

Kau boleh nampak dia punya kesungguhan tu. Dia nak jadikan kau yang halal untuk dia. Dia berusaha kumpul duit belanja kahwin. Dia berusaha jumpa mak ayah kau. Bila dah jodoh dan ditakdirkan bersama, Allah akan gerakkan dua hati. Bukan hati kau sorang saja.

Kalau si dia tak tunjuk respon positif jangan la berharap lagi. Berhenti berharap. Mungkin kau bukan jodoh dia. Kaum lelaki, kalau dah suka tu teruslah masuk meminang. Tak perlu berkawan lama-lama. Kalau kau suka dengan seseorang perempuan, jangan main-mainkan hati dia. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka berterus teranglah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here