Tinggi Ego Lelaki Dalam Mencari Bakal Isteri, Hanya Jenis Wanita Ini Mampu Mencairkan Hati

1609

Lelaki mereka ialah makhluk yang tidak komplikated seperti wanita, sangat mudah menerima dan lebih terbuka. Begitu juga dalam memilih calon isteri, mereka hanya mahukan kualiti wanita yang layak digelar isteri.

Jadi, adakah anda mempunyai ciri-ciri wanita itu, jika belum, cuba perbaiki diri untuk lebih disenangi kelak.

Ayu dan lemah lembut

Sifat ini sangat mudah untuk melemahkan hati lelaki yang keras walaupun mereka seorang ahli gangster. Lelaki biasanya dikaitkan dengan sifat macho, agak keras di dalam menghadapi situasi kehidupan. Sifat yang ada pada wanita iaitu kelembutan dapat melengkapkan kekurangan yang ada pada lelaki. Lelaki sangat suka akan kasih sayang yang diberikan kepadanya oleh seorang wanita.

Mengambil berat serta kelembutan merupakan sifat semula jadi yang ada pada wanita. Lelaki yang berfikiran matang mempunyai visi dalam hidup mereka untuk memilih wanita yang penuh dengan sifat kelembutan dan ini juga menjadi antara tunggak utama untuk membina keluarga yang bahagia.

Sweet dan Manja

Lelaki jika dilihat dari luar sangat garang dan mudah marah jika egonya cepat tercabar. Sifat manja yang dimiliki oleh seorang wanita dan menghiburkan serta memukau lelaki. Lelaki sangat suka jika seorang wanita mula bermanja dengan mereka. Jika anda merupakan seorang yang suka bermanja dengan suami, seorang suami yang angina dan marah akan cepat reda dengan kelembutan dalam percakapan, pertanyaan dan belaian.

Tidak memilih dan terima diri anda

Lelaki lebih suka mencari calon isteri yang menerima mereka dengan seadanya keadaan dirinya dan pekerjaannya. Hati lelaki akan mula menjadi lembut apabila wanita dapat menerima keadaan dirinya seadanya.

Sebab itulah wanita menjadi tulang belakan bagi seorang lelaki kerana mereka dan memberi sokongan yang kuat kepada lelaki terutama sewaktu dalam kesusahan. Jika lelaki diberi sokongan oleh wanita, mereka akan dapat sesuatu tenaga yang baharu seperti sorakan untuk atlet sukan di atas padang.

Imej kemas

Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini sangat sukakan kecantikan. Lelaki sangat suka kepada wanita yang kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Mereka akan merasa bangga apabila memilik wanita yang cantik. Tetapi sebenarnya kecantikan merupakan perkara yang subjektif. Ia bergantung kepada keadaan kerana melalui pandangan manusia, setiap kecantikan sangat berbeza.

Mungkin lelaki itu kacak dari pandangan wanita lain, tetapi bagi anda, biasa sahaja. Begitu juga dengan lelaki apabila mereka memandang wanita. Mereka akan melihat wanita itu cantik tetapi bagi rakan-rakan mereka nampak biasa sahaja. Jadi bagi wanita, jagalah penampilan diri anda untuk memikat hati lelaki.

Tahu menjaga kehormatan diri

Lelaki sebenarnya menyukai wanita yang dapat menjaga kehormatan diri mereka kerana mereka suka gadis yang menghormati diri sendiri, bersikap sopan dan mempunyai etika seperti tahu batas untuk berjumpa dengan rakan, bersembang atau berbincang.

Sebagai analogi, jika anda terlihat dua jenis gula-gula yang berada diatas jalan, yang terdedah kepada habuk, debu dan panas dengan gula-gula yang masih lagi di dalam sampul dan tidak terusik, sudah tentu anda ingin pilih yang masih lagi tidak terusik.

Wanita yang dapat mengelak daripada lelaki lain memperlakukan mereka dengan sesuka hati menjadi pilihan lelaki kerana mereka lebih suka kepada yang berilmu, intelek dan berani mempertahankan hak mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here