Surah Al-Imran (ayat 200),Surah Al-Inshirah Ayat Ketat Pikat Suami

985

Ayat pengasih memikat suami yang wajib anda amalkan untuk elak suami kahwin lain, tawar hati dan lain-lain. Selamat beramal!
Surah Taha (Ayat 39)

Ayat pengasih memikat suami dari surah Taha (ayat 39) juga harus anda amalkan atau bacakan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 kali sehari. Anda boleh membaca kepada suami di ubun-ubunnya, ditiupkan kepadanya, baca di makanan yang akan dimakannya serta cara lain lagi untuk baca kepada suami.

Ayat pengasih ini membawa maksud: wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain. Terjermahannya pula berbunyi: Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr sememangnya adalah ayat pengasih ramai tak tahu. Bacalah dalam solat setiap hari atau sebelum anda bersetubuh dengan suami. Pasti akan lebih tenang, berkasih sayang dan romantis. Ayat pengasih ini juga sesuai untuk anda yang ingin kelihatan lebih awet muda.

Surah Al-Inshirah

Surah Al-Inshirah mempunyai fadhilat yang luar biasa terhadap para isteri dan ibu. Ayat pengasih ini boleh anda baca pada ayat ke 4 dan tiup pada tangan serta usap ke wajah anda hingga ke bahagian belakang anda. Ulang sebanyak 3 atau 7 kali untuk lebih berkesan dan dirahmati Allah SWT.

Ia dapat menenangkan fikiran anda, melapangkan dada, mempermudahkan urusan anda dan membaiki hubungan silaturrahim sesama manusia.

Surah Al-Imran (ayat 200)

Anda akan lebih kuat, tabah dan bersabar dengan adanya ayat pengasih ini. Rumah tangga akan tenang dan semuanya dapat diselesaikan dengan baik sekali. Percayalah dengan pertolongan Allah SWT.

Ayat Berbunyi: Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here