Hasil Macam Pergi Facial, Wanita Kongsi Cara Dapat Wajah Flawless!

1439

Kebiasaannya kalau nak dapat kulit yang cantik mesti kita akan terfikir untuk mendapatkan rawatan facial bukan? Namun, kosnya yang tinggi mesti membuatkan kita berfikir dua tiga kali untuk melakukannya.

Kalau nak cantik dengan kos yang murah dan menggunakan bahan alami, bolehlah mencuba cara yang dikongsikan oleh Che Mira Kimora ini. Menggunakan halia sebagai bahan utama, hasilnya wajah kelihatan lebih berseri dari sebelumnya.

Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.

KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH

1 cawan cuka, 2 ketul halia (bersih dikupas), Sediakan 1 bekas kaca ,1 mangkuk kecil kiub ais.

Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.

Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.Selepas itu bilas dengan air dan ambil kiub ais, gosok di seluruh bahagian muka.

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3minggu!

Manfaat cuka :

2. Sebagai zat anti aging

4. Menghilangkan racun dari wajah anda

Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.

Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.

Kulit muka bak cahaya bulan bersinar-sinar.. Kulit baru lepas apply halia yang direndam dengan air cuka. Lepastu ambik ais cube gosok satu muka. Inilah hasilnya… Korang rasa perlukan habiskan duit beratus-ratus untuk cantik!

Selepas kejadian tenyeh kat muka.. 2 keping pun dah cukup,jimat gilerr kan.
Perbezaan wajahnya yang dahulu dan kini

Dulu tak la macam berlian kulit muka tapi sekarang kalah berlian.. kena rajin tau korang, nak kulit cantik kena gigih ok.

Memang berbezalah wajahnya yang kini dan dahulu. Sudahlah murah caranya, mudah pula tu untuk diamalkan!

Sedikit peringatan, elakkan mengamalkan cara ini jika bahan-bahan seperti cuka dan halia tidak sesuai untuk kulit anda kerana hasilnya mungkin berbeza pada setiap orang. Lakukan ‘patch test’ dahulu jika anda tidak tahu samada kulit anda boleh menerima bahan ini atau tidak.

Kredit: Che Mira Kimora

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here