Kalau Hati Suami Sudah Ada Yang Lain, Pengorbanan Isteri Pun Dah Tak Ada Makna Buat Mereka!

1251

Slim dan solid manapun badan si isteri, ianya tetap tidak mencukupi. Baik dan sempurna manapun layanan si isteri, ianya tetap tidak mencukupi. Berapa bilangan dan apa jantina pun anak yg dilahirkan isteri, ianya tetap tidak mencukupi. Berkorban, membantu dan menanggung banyak manapun si isteri, ianya tetap tidak mencukupi.

Jika kedinginan dalam rumah tangga dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk dibaiki, dibimbangi dalam masa yang sama perasaan cinta dan sayang juga akan mula pudar. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui tanda suami tak sayang isteri agar kita boleh bertindak dengan segera sebelum nasi menjadi bubur. Nak tahu apakah tanda-tanda yang perlu anda perhatikan?

Kurang memberikan perhatian seperti dahulu

Di antara tanda penting yang anda akan perasan ialan suami tidak lagi memberikan perhatian kepada anda seperti dulu. Kalau dulu suami selalu bersembang dan bergurau-senda dengan anda, kini suami tidak lagi mesra seperti selalu. Malah jika anda mengadu atau ajak bersembang, suami akan kelihatan dingin dan kurang memberikan respons.

Tidak lagi menelefon atau menghantar mesej seperti dulu

Kalau dulu suami kerap menelefon atau menghantar mesej walau pun sibuk dengan kerja di pejabat, kini dia tidak lagi menghubungi anda. Malah jika anda menelefon suami, kebanyakan masa dia tidak menjawab panggilan anda dengan alas an terlalu sibuk. Pesanan teks yang anda hantar juga lambat dibalas.

Tidak lagi mesra seperti dulu

Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah anda akan mula perasan bahawa suami tidak lagi mesra seperti dulu. Kebiasaannya ketidak mesraan yang ditunjukkan kepada anda akan cuba disembunyikan apabila ada orang lain di sisi seperti anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Suami seolah-olah cuba berlakon di hadapan semua orang.

Banyak Habiskan masa dengan rakan-rakan

Tiba-tiba suami lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan berbanding meluangkan masa berkualiti di rumah bersama anda dan anak-anak. Kalau dulu setiap hujung minggu akan digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang seronok dan mencipta memori bersama, kini suami anda lebih suka untuk keluar berjumpa kawan-kawan sama ada untuk melepak di kedai mamak atau berkonvoi merentas negeri.

Lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit apabila berada di rumah
Cuba perhatikan suami anda, adakah secara tiba-tiba dia terlalu banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit semasa berada di rumah? Lagi parah kalau secara tiba-tiba telefon bimbit suami anda mempunyai password rahsia dan anda selaku isteri tidak lagi dapat membuka telefon suami anda.Ini adalah salah satu tanda yang paling nyata bahawa suami tidak lagi menyayangi anda. Malah telefon bimbit suami akan sentiasa ada bersamanya, langsung tak boleh berenggang. Apabila masuk ke tandas, suami anda akan membawa telefon bimbitnya sekali. Semasa tidur pada waktu malam, suami anda akan meletakkan telefon bimbintnya dibawah bantal. Sebagai seorang isteri pastinya anda akan mula memahami bahawa sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan suami.

Lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa bersama keluarga di rumah
Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda kelihatan seperti lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa di rumah bersama keluar. Sebagai contoh, jika dulu suami anda akan bergegas pulang dari pejabat apabila habis waktu bekerja namun kini suami anda selalu melakukan overtime.Malahpada hari sabtu dan ahad juga suami anda terpaksa ke pejabat dengan alasan ada tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada masanya suami anda memilih untuk minum bersama rakan sekerja selepas habis bekerja.

Sumber: Pesona Pengantin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here