“Kurangkan Gula, Makanan Bergoreng Dah Turun 39kg” – Lelaki Ini Teruskan Usaha Untuk Target Berat Badan 80kg Dalam 5 Bulan!

2479

Setiap orang pasti mengimpikan berat badan yang ideal. Disebabkan itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

Diakui bukan mudah namun segalanya boleh tercapai jika anda terus konsisten, bersemangat dan percaya pada diri sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh Cazzrah di laman Twitter, beliau berjaya menurunkan berat badan iaitu dari 160kg ke 121kg.

Menurut ciapan yang dimuatnaik olehnya, beliau kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan sebanyak 80 kilogram lagi dalam masa lima bulan.

Menurut ciapan yang lain, pemilik akaun Twitter ini ada juga berkongsikan tips ringkas yang boleh diikuti oleh ramai orang. Seperti yang dikongsikan, aspek pemakanan juga telah ditekankan selain daripada perlu bersenam seperti melakukan aktiviti berjalan, jogging dan berkunjung ke gimnasium.

Bagi aspek pemakanan pula, makanan atau minuman yang bergula dan yang berminyak perlu dielakkan. Sayur dan buah-buahan juga boleh dijadikan menu yang banyak diambil dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsiannya itu dibanjiri dengan kata-kata semangat dari warganet. Tidak kurang juga, ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri yang telah berjaya menurunkan berat badan masing-masing.

Menerusi ciapan tersebut, dapatlah dikatakan bahawa usaha yang berterusan dapat menurunkan berat badan seseorang. Pun begitu, sifat mengaku kalah perlulah dibuang dalam diri agar setiap impian boleh tercapai.

Sumber: Cazzrah, Siakap Keli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here