Lelaki Lebih Tertarik Dengan Wanita Pendek. Betul Ke?

6648

Setiap lelaki mempunyai berbeza citarasa dalam memilih seseorang wanita menjadi pasangannya. Ada lelaki yang suka wanita berkaca mata, berkulit cerah, berkulit hitam manis, berkulit sawo matang dan beberapa faktor lain lagi.

Macam mana pula dari sudut faktor ketinggian? Kalau nak diikutkan saiz ketinggian wanita Asia, ramai yang pendek-pendek kan? Haa!

Tapi ramai yang tak tahu, wanita pendek ni lebih menarik di pandangan mata seorang lelaki.

1. Mereka comel sangat

Tak dinafikan perempuan pendek lebih comel. Lagi-lagi kalau mereka sedang marah atau dikacau.

2. Sentiasa nampak muda dari usia sebenar

Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, sedangkan dah 28 tahun. Sentiasa awet muda gitu!

3. Mudah nak beli pakaian

Senang nak dapatkan saiz baju atau seluar, termasuk kasut sebab size mereka sentiasa ada. Kalau tak jumpa boleh cari di tempat kanak-kanak.

4. Setia pada pasangan

Kajian mendapati, mereka yang pendek atau rendah akan lebih setia pada pasangan dan hubungan cinta.

5. Jimat duit untuk makan

Kenapa jimat kalau kahwin dengan wanita pendek? Orang berbadan kecil ni tak makan banyak. Kan dah jimat tu!

6. Rasa comel bila cium wanita pendek

Cium gadis yang rendah memang cute, lagi-lagi bila kena menjingkit kaki. Ini untuk suami isteri je harap maklum!!

7. Mereka selalu bersiap cepat

Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?

8. Boleh pakai high heels

Wanita tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak. Wanita pendek tak ada masalah nak pakai high heels berinci-inci!

9. Senang nak dukung

Wanita pendek ni lebih ringan. Jadi si suami senang la nak dukung, tak ada la patah pinggang.

10. Senang nak peluk

Suami senang nak peluk isteri yang pendek, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi.

Jadi admin harap, tak perlu risau orang kata “ehh dah la pendek!”. Tapi korang kena bangga sebab pendek is comel!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here