Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 9 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

2243

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.40 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 5 petang ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Kedah: (Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik)

Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)

Perak: (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin)

Selangor: (Kuala Selangor dan Klang)

Negeri Sembilan: (Jelebu)

Johor

Sarawak: (Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here