Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di 13 Buah Negeri Sehingga Petang Ini!

1546

Jabatan Meteorologi Malaysia ( MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

Antara negeri yang terlibat ialah Kedah (Langkawi). Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut). Perak (Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim). Kelantan (Jeli, Bachok dan Pasir Puteh). Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Dungun).

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera dan Rompin). Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat). Negeri Sembilan. Melaka. Johor. Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu dan Limbang (Lawas). Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat. Labuan.

Diharapkan agar orang ramai sentiasa berwaspada dan menjauhi kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here