TERKINI COVID-19: Dukacita Satu Kematian Dilaporkan Hari Ini

1943

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu kematian telah dicatatkan hari ini di Kedah dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 126 kes.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 126 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

Kes kematian ke-126 (kes ke-9290) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) dan penyakit jantung. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Beliau mula mempunyai gejala batuk dan sesak nafas pada 7 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru (pneumonia). Beliau discaj dari hospital pada 18 Ogos 2020. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos 2020 dan mendapatkan rawatan pada 24 Ogos 2020 di Hospital Sultanah Bahiyah. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 29 Ogos 2020 jam 5.10 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber: Kp Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here