Suami Isteri Ikut Tip Ini, Rezeki Masuk & Mengalir Tanpa Henti!

941

Suami isteri mana yang tidak mahu rezeki masuk dan mengalir tanpa henti, kan? Namun begitu pernahkah kalian terfikir apa cara dan amalan yang boleh dilakukan bagi mendapatkannya?

Sila baca perkongsiannya ini. Moga bermanfaat untuk dijadikan sebagai panduan dalam membahagiakan hubungan rumah tangga.

7 TIP UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI

1. Pandang wajah suami dengan senyuman. Ketika balik kerja, makan, lepas mandi, lepas solat, lepas bangun tidur, semuanya. Kunci rezeki suami pada ibunya. Kunci rezeki isteri pada redha suaminya.

2. Bila nak berbelanja, minta izin atau pandangan suami dulu baru beli. Memanglah itu duit kita. Tapi redha Allah itu ada pada suami yang baik.

3. BILA SUAMI BAGI PANDANGAN, DIAM DULU BARU RESPON. ELAKKAN BERCAKAP TANPA BERFIKIR PANJANG. KENA INGAT KITA WANITA ADALAH MAKHLUK EMOSI. KITA BERCAKAP DENGAN SUAMI BUKAN UNTUK MENANG, TAPI UNTUK MEMAHAMI DAN DIFAHAMI.

4. Maafkan suami bila dia melakukan kesilapan. Usah panjang-panjangkan konflik. Lagi cepat kita berdamai dengan diri sendiri, lagi cepat rezeki masuk dalam famili.

5. Bila suami buat baik selepas berlakunya konflik, usah ungkit lagi kesilapannya. Itu cara suami minta maaf. Kita pun selalunya begitu juga. Berlapang dada dengan segera akan membahagiakan suami dan diri kita sendiri.

6. DOAKAN SUAMI DAN KELUARGA SUNGGUH-SUNGGUH SELEPAS SOLAT. MEMANG RAMAI SUAMI YANG TAK GUNA, NAMUN RAMAI LAGI SUAMI YANG BERJASA. BURUK-BURUK MACAMANA PUN SUAMI KITA, TENTU ADA KEBAIKAN DIA DALAM HIDUP KITA.

7. Ingat formula ini. Isteri ingin disayangi, suami ingin dihormati. Bila suami dan isteri saling memahami dan mengasihi, baru melimpah ruah rezeki.

Sumber: Zuhairi Nopiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here