TERKINI COVID-19: Kes Baru Meningkat Lagi, 82 Kes Dilaporkan Hari Ini & Satu Kluster Baru Dikesan Di Sabah

1381

Sebanyak 82 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi.

Dalam kemaskini KKM, sebanyak 72 kes merupakan kes tempatan manakala 10 lagi kes merupakan kes import.

Untuk kesekian kali, negeri Sabah mendahului bilangan kes baru dengan 60 kes dicatatkan melibatkan beberapa kluster termasuk satu kluster baru di Semporna.

“Sabah tertinggi 60 kes antaranya 41 kluster Benteng dan masing-masing 6 kes kluster Pulau dan Selamat. Kluster baharu di Semporna, Kluster Bangau-Bangau. Kedah pula 10 kes.”

“Kluster ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan pesakit ke hospital Semporna. Sebanyak 5 kes iaitu kes 10,340 sehingga 10,344 telah dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

“Empat kes merupakan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

“Kesemua mereka tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan,” katanya.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here