2,070 Pegawai Kesihatan KKM Disambung Kontrak Secara ‘One-off’ Enam Bulan Lagi!

490

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima kelulusan untuk menyambung kontrak secara ‘one-off‘ bagi 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi selama enam (6) bulan lagi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kelulusan penyambungan kontrak enam (6) bulan berkenaan dipersetujui Kementerian Kewangan pada 18 September lalu.

“Kelulusan itu adalah sebagai tambahan kepada kontrak enam (6) bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini.

“Ia melibatkan 79 pegawai perubatan – yang telah melengkapkan khidmat wajib sahaja kerana telah mengikuti latihan siswazah di luar negara, 852 pegawai pergigian dan 1,139 pegawai farmasi yang telah menamatkan latihan atau khidmat wajib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, jumlah peruntukan yang ditanggung menerusi peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 (Tabung COVID-19) adalah sebanyak RM81 juta.

“Penyambungan kontrak ini adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here