“Anda Mungkin Mangsa Seterusnya,” Ambil Tahu 6 Tanda Jangkitan COVID-19 Yang Serius

5344

Tidak dinafikan sejak penularan Covid-19 telah menjejaskan pelbagai sektor di negara kita. Namun, sehingga hari ini masih ramai yang tidak mengetahui kebenaran dari mana datangnya virus yang telah merangut lebih sejuta nyawa di seluruh dunia.

Dengan mengetahui beberapa tanda-tanda seseorang dijangkiti wabak Covid-19 ini, maka kita dapat mengekang lebih awal dan secara tidak langsung dapat mengurangkan virus itu daripada terus menular.

Perkongsian daripada seorang Doktor menerusi laman Twitternya, Dr Hafizah Mohamad sudi berkongsi tentang tanda-tanda jangkitan Covid-19. Beliau berkongsi untuk orang ramai lebih peka dengan persekitaran dan perkara ini penting kerana mungkin anda mangsa seterusnya.

Hai semua? Risau tengok perkhabaran kes Covid19 yang semakin meningkat? Bagi yang sudah dijangkiti,amalkan kebersihan diri yang maksimum dan kenalpasti tanda2 jangkitan Covid19 yang serius Kenali tanda2 tersebut Ambil tahu kerana anda mungkin mangsa seterusnya.
1. Sesak nafas atau nafas berbunyi

Sekiranya mengalami gejala ini,beritahu staff kesihatan secepat mungkin supaya mereka boleh memeriksa paru2 anda dan mengesan paras oksigen dalam badan secepat mungkin

Gambar Sekadar Hiasan
2. Sakit dada yang berpanjangan

Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.

3. Batuk berdarah

Perhatikan warna kahak anda. Batuk berdarah mungkin boleh jadi warna merah darah atau keperangan. Jika tak pasti,simpan kahak dalam plastik spesimen yang disediakan dan tunjukkan pada staff kesihatan yang menjaga.

4. Cyanosis atau kebiruan pada kulit

Perhatikan warna jari dan bibir anda/ahli keluarga. Kebiruan menunjukkan paras oksigen yang rendah dlm badan. Bertindak cepat!

Gambar Sekadar Hiasan
Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.

5. Cirit birit/muntah/kurang selera makan

Jika berterusan,badan anda kehilangan banyak air dan garam dari badan. Jika ini berlaku,buah pinggang mungkin boleh gagal. Tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa.

Gambar skeadar hiasan
6. Letih yang melampau

Jika anda rasa lesu yang teramat sangat,ini menunjukkan jangkitan semakin serius dan anda perlu dipantau rapi.

Jadi, SK ingin ingatkan pada semua, kita seharusnya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan itu sahaja, sentiasa mengamalkan hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri.

Sumber: Dr Hafizah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here