Mesej Tular Adalah Palsu, Pusat Beli-Belah One Utama Sahkan Tiada Kes Covid-19 Di Premisnya

540

Pihak pengurusan, 1 Utama Shopping Centre, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai satu berita palsu yang tular di Whatsapp berkaitan kes Covid-19 yang didakwa berlaku di pusat membeli-belah tersebut.

Berdasarkan kenyataan, pihak pengurusan sedia maklum akan kebimbangan orang ramai berhubung kes Covid-19 yang berlaku di Lembah Klang, namun setakat ini disahkan tiada kes yang berlaku di 1 Utama Shopping Centre.

”Kepada semua, kami ingin memaklumkan bahawa mesej palsu yang beredar di Whatsapp ini TIDAK BENAR. Tidak ada kes yang disahkan di 1 Utama sehingga kini,” menurut kenyataan.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan meminta orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan untuk berkumpul di tempat yang sesak seperti lif dan tandas awam.

Malah, pengungjung juga diminta untuk memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan yang menjalankan tugas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here