Kawasan Tempat Tinggal Didakwa Kerap Alami Masalah Air, Penduduk Jalan Kebun, Klang Bina Telaga Sendiri!

    2041

    Penduduk setempat di Jalan Kebun, Klang memutuskan untuk membina perigi sendiri, selepas mendakwa kawasan mereka kerap mengalami masalah air.

    Terbaru, mereka secara bergotong royong telah menggali tiga lagi perigi sebagai sumber alternatif air di kawasan itu.

    “Jalan Kebun kerap sangat putus bekalan air. Kita memang telah ada perigi lama yang telah digunakan hampir 50 ke 60 tahun,” menurut Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Jalan Kebun (Anak Jati), Tuan Yazid Muhidin.

    “Yang baru dibina sebagai penambahan perigi kerana yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan masa darurat dengan pertambahan penduduk,” katanya.

    Menurut beliau, kos membina perigi itu ialah RM2,500 untuk perigi biasa manakala RM3,500 hingga RM4,000 untuk perigi yang lengkap berbumbung.

    Perigi bersumberkan mata air itu kini telahpun dapat digunakan sebaik siap dibina beberapa hari lalu.

    Sumber: Siakap Keli

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here