Celcom Kini Alami Gangguan Perkhidmatan Rangkaian!

404

Kemaskini 1: Celcom tampil membuat kenyataan rasmi mengenai masalah gangguan rangkaian. Menurut mereka, mereka mengalami masalah gangguan teknikal. Pihak mereka kini sedang membaik pulih isu ini dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Gangguan ini dialami mengakibatkan pengguna Celcom langsung tidak boleh mengakses rangkaian.

Perkara ini turut dialami penulis yang melihat tiada langsung bar garis pada telefon pintar.

Celcom walau bagaimanapun masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung dengan perkara ini mengenai apakah punca di sebalik gangguan ini.

Namun, maklum balas dari Celcom kepada seorang pengguna menyatakan bahawa mereka mengakui gangguan perkhidmatan rangkaian ini.

Melihat keluhan di media sosial, rata rata-rata pengguna melahirkan rasa kecewa dan menyatakan masalah tersebut telah berlaku.

Isu baik pulih rangkaian ini akan dikemaskini sebaik sahaja kami menerima kenyataan rasmi dari Celcom.

Sumber: Celcom

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here