SPRM Sita Kenderaan ‘Scammer’, Kereta Shuib Turut Tersenarai?

6905

Sejak beberapa hari lalu, individu yang menjadi dalang kepada Macau Scam di Malaysia telah berjaya ditahan pihak polis.

Mereka didakwa menggunakan golongan artis bagi ‘mencuci duit’ dengan melabur di dalam perniagaan yang diusahakan selebriti.

Kereta scammer yang disita SPRM

KOLEKSI KENDER44N Y4NG DITAHAN SPRM MALAYSIA ATAS SEBAB AMLIni antara koleksi kenderaan yang dirampas oleh SPRM bagi…

Posted by Kaki Rayap on Selasa, 6 Oktober 2020

Menerusi laman Facebook, koleksi kereta mewah yang disita telah ditularkan dimana beberapa buah kereta yang disita itu didakwa milik seorang selebriti yang turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Kereta Shuib pun kena sita?

Apa yang menjadi persoalan netizen ialah ada diantara kereta tersebut didakwa milik pelawak Shuib Sepahtu yang telah disiasat sebelum ini bagi memberi maklumat berkenaan kegiatan Macau scam tersebut.

Didakwa antara kereta yang disita

Hal ini kerana Shuib ada memuat naik posting di media sosial, bergambar dengan kereta yang kelihatan sama seperti kenderaan yang telah disita.

Mesti ada kaitan dengan scam tu?

Sehubungan dengan itu, netizen mula meninggalkan pelbagai komen menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang memuat naik gambar-gambar Shuib bersama kereta.

Ishhh tak kanlahh….

Terdahulu, pelawak tersebut dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Sumber: Twitter, Kaki Rayap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here