Harga RON95 Dan RON97 Turun 4 Sen Bermula Tengah Malam Ini

1539

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 10 Oktober sehingga 16 Oktober 2020.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM1.97 seliter. Manakala bagi harga runcit petrol RON95 pula turut turun sebanyak 4 sen liter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.167 seliter.

Selain daripada itu, harga runcit bagi minyak diesel pula turut dilaporkan turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.70 seliter kepada RM1.69 seliter.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta megnambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here