TERKINI: 561 Kes Baharu COVID-19, 2 Kematian Dan 5 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini!

1312

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 561 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 553 merupakan kes tempatan manakala 8 kes merupakan kes import.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 133 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh adalah 10,913 kes.

Dukacita dimaklumkan pada hari ini, terdapat 2 kematian yang dilaporkan di negeri Sabah. Ini menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157.

Selain itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 5 kluster baharu yang dicatatkan pada hari ini. Menerusi kemaskini Bernama di laman Twitter, lima kluster baharu yang dikesan adalah melibatkan negeri Sabah, Selangor dan juga Labuan.

Kluster baharu yang dikesan di Sabah ialah Kluster Kasih, Kluster Khazanah dan Kluster Surat. Bagi negeri Selangor pula, kluster baharu yang dikesan dinamakan sebagai Kluster Sungei Way manakala di Labuan adalah Kluster Bah Bundle.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here