PKPB Selangor, KL & Putrajaya: Semua Perkhidmatan Kerajaan Beroperasi Dengan Sistem Penggiliran & Bekerja Dari Rumah!

2710

Semua perkhidmatan kerajaan tetap beroperasi dengan penjawat awam mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah (BDR) mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan mereka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, setiap ketua jabatan dikehendaki untuk mematuhi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31JLD6(6) bertarikh 2 Mei 2020.

“Ketua jabatan juga hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan sewajarnya dalam perkara ini di samping memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya.

“Pelaksanaan ini turut digunakan bagi mana-mana kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, penggunaan aplikasi atas talian diberi keutamaan bagi meminimumkan perkhidmatan secara bersemuka seperti perkhidmatan kaunter dan mesyuarat, selari dengan amalan penjarakan fizikal.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat,” tambah kenyataan itu lagi.

Hari ini MKN memutuskan untuk melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya berkuatkuasa 14 hingga 27 Oktober ini.

Sumber: Ketua Setiausaha Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here