Kluster Terbesar Di Selangor, Kluster Utama Telah Merebak Hingga Generasi Keenam – KKM

998

Kluster terbesar di Selangor, Kluster Utama kini telah berkembang sehingga generasi keenam.

Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 206 individu telah disahkan positif manakala 51 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj.

Sehingga kini, seramai 882 individu telah disaring dengan 8 kes baru hari ini, menjadikan jumlah kes aktif kluster itu sebanyak 155 kes.

Dalam pada itu, Selangor pada hari ini mencatatkan 137 kes baharu melibatkan 59 kes dari  kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu kluster jambu. 55 kes dikesan dari saringan kontak rapat, 8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, 10 kes dari lain-lain saringan COVID-19, 4 kes import dari India dan 1 kes import dari Amerika Syarikat.

Kes sembuh bagi negeri Selangor pada hari ini pula ialah sebanyak 109 kes.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here