TERKINI: KKM Kesan 8 Kluster Baru Termasuk Kluster Merpati Di Selangor, Catat 45 Kes Positif Baharu

702

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini. Perkara ini disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hari ini. Sehingga setakat ini terdapat 133 kluster masih aktif.

Ini perisian penuh tentang maklumat klsuter baharu yang dikesan hari ini.

1. KLUSTER RUMAH MERAH

Kluster baharu ini melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke29774) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 56 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes menerima rawatan di Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana:

57 kes dikesan positif Covid-19 (56 kes baharu)
72 individu dikesan negatif.
2. KLUSTER TELIPOK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Sebanyak 10 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bomba, Sepanggar.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana:

10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu)
102 individu dikesan negatif.
3. KLUSTER SEMBULAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-26238) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif Covid-199. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Institut Kemahiran MARA, Sepanggar dan Politeknik Sepanggar.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana:

12 kes dikesan positif Covid-19 (4 kes baharu)
87 individu dikesan negatif.
4. KLUSTER MERPATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang, Gombak dan Kuala Langat di negeri Selangor. Sebanyak 45 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana:

45 kes dikesan positif COVID-19 (45 kes baharu)
71 individu dikesan negatif.
5. KLUSTER ASTAKA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29262) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 31 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:

32 kes dikesan positif Covid-19 (31 kes baharu);
82 individu dikesan negatif.
6. KLUSTER TITIAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 11 kes telah dikesan positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi di Kampung Muslim pada 29 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana:

11 kes dikesan positif Covid-19 (11 kes baharu)
40 individu dikesan negatif
413 individu masih menunggu keputusan.
7. KLUSTER GALA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27703) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 26 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:

Lapan (8) kes dikesan positif Covid-19 (2 kes baharu);
98 individu dikesan negatif
33 individu masih menunggu keputusan.
8. KLUSTER MELDRUM

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30789) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 219 individu telah disaring, di mana:

Enam (6) kes dikesan positif Covid-19 (5 kes baharu)
138 individu dikesan negatif;
75 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: Sidang Media KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here