“Maaflah Jika Abah Ini Mula Menggunakan Rotan” – PM

    1420

    Perutusan Khas mengenai situasi semasa Covid-19 ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai keadaan semasa berkaitan Covid-19 di negara kita.

    Apa yang menarik perhatian ramai tentang perutusan tersebut adalah bait kata yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini sangat ‘mendalam’ dan boleh dijadikan teladan kepada ramai. Ungkapannya seolah-olah nasihat yang diberikan oleh ‘ayah’ kepada anak-anaknya.

    “Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan.”

    “Yang amat dikehendaki pada masa ini ialah kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi peguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan,” jelasnya lagi dalam perutusan tersebut.

    Jadi, sama-samalah kita menjaga kita dan sebagai rakyat yang bertamadun agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengekang jangkitan wabak Covid-19.

    Sumber: BernamaTV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here