Belanjawan 2021: 8 Juta Individu Akan Terima Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180

459

Kerajaan melalui Belanjawan 2021 hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin. Ia bertujuan bagi mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.

Kredit telekomunikasi RM180

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bermula suku pertama 2021, sekitar 8 juta individu dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon baharu.

Pada masa yang sama, syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data internet percuma sebagai dana padanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here