IKEA Damansara Ditutup, Pekerja Sambilan Disyaki Covid-19..

376

Sebentar tadi, pihak pengurusan gedung perabot IKEA, Damansara, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa premis tersebut ditutup pada hari ini (7 November 2020) susulan seorang pekerja sambilan mereka disyaki positif Covid-19 semalam (6 November 2020).

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasmi IKEA, kali terakhir kakitangan tersebut bertugas adalah pada 30 Oktober lepas, dan kini sedang menerima rawatan dan menunggu sampel ujian.

”Kami telah dimaklumkan pada 6 Nov 2020 bahawa salah seorang rakan sekerja sambilan kami disyaki Covid-19 dan kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa dan menunggu untuk diuji. Hari terakhir beliau bekerja adalah pada 30 Okt 2020,” katanya.

Oleh itu, IKEA mengambil langkah pencegahan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sebelum dibuka semula kepada orang ramai esok.

”Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi, dan komuniti kami adalah keutamaan kami.

”Sebagai langkah pencegahan proaktif, kedai kami akan ditutup pada 7 Nov 2020 untuk menjalani pembersihan dan pembersihan dalam, sesuai dengan standard KKM.

”Kedai kami akan beroperasi semula pada 8 Nov 2020. Kami bekerjasama rapat dengan pegawai kesihatan awam dan akan bertindak berdasarkan nasihat mereka,” katanya.

Sumber: IKEA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here