Bilik Menghadap Tasik, Boleh Berkayak, Mandi Kolam Renang Dan Banyak Lagi, Jom Bercuti Ke Penyabong Warisan Resort!

544

Memberi pemandangan paya bakau yang sangat indah, resort di Endau Mersing ini menawarkan pengalaman percutian bersama keluarga yang sukar untuk dilupakan.

Suasana sekitar resort ni sangat tenang, dengan kelebihan bilik menghadap tasik, dan bermacam-macam aktiviti best menjadi tarikan utama pengunjung ingin bercuti ke sini. Lagi seronok kalau datang beramai-ramai untuk family day, reunion dan percutian santai dengan keluarga.

Lokasi resort ini terletak berhampiran Pantai Penyabong yang cantik, dan mempunyai 2 kolam renang yang luas untuk dewasa dan kanak-kanak. Kawasan resort yang lapang sangat sesuai untuk buat aktiviti hari keluarga.

Jika datang ke sini, pasti masa percutian tidak akan dibazirkan kerana macam-macam aktiviti boleh dilakukan. Waktu siang boleh mandi kolam, beriadah di sekitar resort, memancing di jeti, dan berkayak kat tasik di hadapan bilik.

Manakala pada waktu malam boleh bersantai, makan-makan dan berbbq bersama keluarga sambil nikmati suasana malam yang tenang.

Terdapat 5 jenis penginapan di sini dengan gabungan konsep kampung dan moden. Pilihan penginapan ada yang bilik menghadap tasik, menghadap kolam, dan juga suasana kampung.

Jika pengunjung datang dengan ahli keluarga yang ramai, boleh memilih penginapan family, dan bagi yang gemarkan suasana kampung boleh memilih homestay teratak warisan.

Berikut senarai bilik penginapan dan kemudahan yang ditawarkan di resort ini:

GUEST HOUSE
Executive Suite (4 unit)

2 unit rumah ialah pool side dan 2 unit lagi hill side
Maksimum 4 pax
1 katil king
Terdapat aircond, kipas dan sofa
Harga weekdays RM220, manakala weekend dan public holiday RM240

Junior Suite (6 unit)

3 unit rumah ialah pool side dan 3 lagi hill side
Maksimum 3 pax
1 katil king
Terdapat aircond, kipas dan sofa
Harga weekdays RM160, manakala weekend dan public holiday RM180

CHALET
Family (10 unit)

Maksimum 4 pax
1 katil king dan 1 katil single
Terdapat aircond dan kipas
Harga weekdays RM140, manakala weekend dan public holiday RM160

Standard (9 unit)

3 unit chalet ialah pool side dan 3 lagi hill side
Maksimum 3 pax
1 katil queen
Terdapat aircond dan kipas
Harga weekdays RM130, manakala weekend dan public holiday RM140

Klik sini untuk lihat satu lagi resort yang sesuai untuk hari keluarga, dengan suasana kampung yang damai, kolam renang di halaman yang luas, dan berdekatan pantai di Endau juga!

HOMESTAY (TERATAK WARISAN)

Rumah Kelantan (1 unit) dan Rumah Johor (1 unit)

Ada 2 bilik (dengan katil queen), 1 hall dan 1 bilik air
Maksimum 8 pax
Terdapat aircond dan kipas
Harga weekdays RM300, manakala weekend dan public holiday RM320

FAMILY QUAD SHARING (4 unit)

Ada 2 katil king, dan 3 bilik air
Maksimum 8 pax
Terdapat aircond dan kipas
Harga (flat rate) RM200

FAMILY LAKE VIEW (10 UNIT)

Ada 2 katil queen dan 1 bilik air
Maksimum 4 pax
Terdapat aircond dan kipas
Harga weekdays RM200, manakala weekend dan public holiday RM220

Jika ingin menambah katil, harganya ialah RM20 seunit.

Penginapan di sini ditempah secara panggilan melalui pejabat resort. Sekiranya nak buat family day, di resort ni juga ada dewan yang besar dibuka dengan harga RM300-RM350 sehari. Nak buat tempahan makanan pun boleh dengan minimum orang sebanyak 20 pax.

Selain dari tu, kemudahan lain yang ada di sini ialah mainhall yang luas dan reading corner. Jika ingin mengisi waktu yang ada, bolehlah luangkan masa bersantai di sini dengan keluarga dan anak-anak.

Menariknya lagi, resort ni berdekatan dengan jeti LKIM Penyabong. Di sini pengunjung boleh membeli ikan, udang dan sotong segar. Tambahan lagi, berdekatan dengan sini juga terdapat banyak kedai makan yang menyediakan juadah sarapan, makan tengahari dan malam yang mudah je untuk dikunjungi.

Antara makanan yang ada di kedai-kedai berdekatan ni ialah masakan panas, nasi lemak, nasi dagang, roti canai, sata, keropok lekor, udang celup tepung, dan macam-macam lagi. Tak perlu lagi pengunjung berjalan jauh untuk dapatkan makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here