Kawan Baik? Tapi Di Belakang Asyik Dengki Dengan KELEBIHAN Kita..

1308

Semua itu merujuk kepada orang-orang yang rapat dengan kita, yang bukan ada sebarang pertalian darah. Kehadiran mereka umpama bintang-bintang yang buat hidup kita lebih bersinar dan ceria.

Selalunya mereka inilah tempat kita berkongsi masalah dan meluangkan masa bersama. Bahkan, ramai yang memiliki rakan sejak waktu masih belajar sehinggalah kini masih akrab walau masing-masing sudah berkeluarga. Wah, memang sweet kan. Kata orang, sahabat hingga ke jannah.

Kawan Ramai Tapi BFF Tak Ramai

Ada orang yang mengaku, dia memiliki ramai kawan. Ada kategorinya; ada kawan sepejabat, ada kawan bersukan, ada kawan di kejiranan dan macam-macam lagi. Namun, ada yang sekadar ‘kawan’ saja. Tak sampai berkongsi setiap masalah dan susah senang bersama. Kata orang, dia bukan orang pertama yang terlintas di fikiran untuk dicari andai ada masalah.

Ada pula invividu yang memang rapat. Mungkin persahabatan di pejabat membawa ke luar pejabat. Masing-masin serasi dan dapat menerima baik dan buruk masing-masing.

Suami dan anak-anak juga saling mengenali. Sering juga berkunjung ke rumah masing-masing. Ada masa keluar bersama-sama. Kita selesa dengan dirinya untuk berkongsi apa saja masalah. Dia juga orang pertama yang akan muncul tiap kali kita memerlukan pertolongan. Itulah BFF (best friend Forever).

Ya, memang tepat sekali. Kita MESTI pandai memilih kawan. Kenal hati budinya bagaimana sebelum kita boleh angkat ‘tarafnya’ kepada BFF. Bila Dah level BFF, rasanya hampir semua rahsia dan kisah hidup kita ada dalam tangannya!

Walau bagaimana pun, ramai yang mengaku, pernah ‘terkena’ dengan BFF sendiri. Sedih kan? Ada yang jadi mangsa fitnah , rumah tangga porak peranda dan sebagainya lagi gara-gara sikap iri hati dan cemburu BFF.

Kadangkala rasa macam tak percaya. Takkan kawan baik sanggup buat kawan dia macam tu kan? Kenal pun bukan sebulan dua. Bahkan ada yang dah bertahun-tahun kenal.

Semua itu kerana kawan itu tadi mula dihinggapi rasa cemburu. Bila melihatkan rumah tangga kita bahagia, mulalah dia panas hati. Ada saja kata-kata umpama ‘batu api’.

Termakan Kata-Kata

Kalau tak kuat, memang boleh termakan kata-kata itu. Apakah benar niatnya demi untuk kebaikan kita? Ini umpama menghasut.

Kenapa sengaja nak buat kita susah hati bila suami kita asyik balik kerja lewat? Sedangkan dia pun kenal suami kita. Memang kena OT, barulah dapat lebih. Anak kita pula ramai daripada anak dia.

Begitu juga soal barang-barang. Sebagai BFF tentu dia sedar kemampuan suami kita. Kenapa sengaja menyuruh kita minta suami belikan gelang baru sedangkan dia tahu kewangan kita memang agak teruk berbanding dia. Bahkan, bukan sekali dua kita ada pinjam duit dia?

Tak Boleh Tengok Kelebihan Kawannya

Selalunya kawan yang begini, dia sebenarnya tidak senang dan ada kelebihan yang kita miliki yang mungkin dia tak ada. Misalnya, kita memang kurang dari segi kemampuan material, tapi hubungan kita suami isteri aman damai. Jarang bertengkar. Dia pula asyik bertengkar dengan suaminya akibat sikapnya sendiri yang suka minta macam-macam.

Mungkin juga dia cemburu melihatkan kita yang ramai orang suka kerana tak suka mengata orang lain, peramah dan rajin membantu rakan-rakan lain.

Ada juga yang cemburu kerana ramai puji kita lebih cantik daripadanya walau pun barang yang dipakai lagi mahal.

Apa pun, rakan sebegini memang bahaya kerana dia boleh menjadi gunting dalam lipatan kita. Takut nanti, dia akan menjaja kelemahan atau rahsia kita pada orang lain pula.

Jangan Tengok Luaran Je

Maka, berhati-hatilah walau dengan sahabat baik sediri. Belum terkena memang kita takkan percaya. Kena ingat, hati manusia kita tak boleh baca. Luaran tak mencerminkan dalaman dirinya.

Tak bermakna semua kawan baik itu tak jujur dan ikhlas. Masih ramai yang benar-benar ikhlas berkawan dan menyayangi kita sebagai sahabat. Beruntunglah sesiapa yang memiliki rakan-rakan yang begini. Jagalah perhubungan itu sebaik mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here