Jujur & Setia Orangnya, Ini Ciri-Ciri Individu Yang Lahir Pada Bulan Februari. Untunglah!

930

Bulan Februari, bulan yang penuh dengan cinta. Siapa kat sini yang bercinta atau berkahwin dengan individu yang lahir pada bulan Februari? Bulan kelahiran juga sebenarnya boleh menggambarkan karakter seseorang individu. Istimewanya bulan Februari kerana ia mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, akan jadi 29 hari. Unik kan?

Untung juga bercinta dengan mereka yang lahir pada bulan Februari, banyak ciri-ciri positif yang ada pada mereka. Nak tahu karakter individu yang lahir pada bulan Februari, jom kita baca kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari ini.

– Berfikiran abstrak
– Sukakan benda yang realiti dan abstrak
– Seorang yang bijak
– Seorang yang mudah berubah
– Mudah menawan orang lain
– Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
– Jujur dan setia pada segalanya
– Keras hati untuk mencapai matlamat
– Tidak suka dikongkong
– Mudah memberontak apabila dikongkong
– Suka kegiatan yang lasak
– Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
– Mudah menunjukkan perasaan marah
– Tidak suka benda yang remeh-temeh
– Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
– Sangat berani
– Bercita-cita tinggi dan suka berangan
– Pemerhatian yang tajam
– Suka hiburan dan sukan
– Suka benda yang bersifat seni
– Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
– Cenderung pada benda tahyul
– Boleh menjadi terlalu boros
– Belajar untuk mempamerkan emosi

Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini hanyalah berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Mungkin ada yang tidak sama dengan personaliti anda yang lahir pada bulan Februari. Untunglah jika anda bercinta dengan individu yang lahir pada bulan ini, katanya mereka jujur dan setia. Apa komen anda?

Sumber: Pesona Pengantin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here