Tak Menang Tangan Bungkus Barang, Jualan 11.11 Di China Dilapor Catat Lebih RM 298 Bilion

477

‘Singles Day’ mungkin kedengaran sunyi namun ia juga menjadi hari yang ‘bersejarah’ bagi mereka yang mengambil bahagian dalam shopping tahunan terbesar di China dengan membelanjakan lebih AUD 100 bilion semasa acara tersebut, lapor CBS News.

Angka jualan akhir melonjak AUD 38.4 bilion dalam tempoh 24 jam berbanding tahun lalu setelah Alibaba melanjutkan tempoh jualannya untuk kali pertama pada kali ini untuk membantu meningkatkan jualan penjual yang terjejas disebabkan oleh COVID-19.

Memetik laporan CBS News, festival tahunan membeli-belah Singles Day yang terbesar di dunia itu menawarkan diskaun kepada pembeli bagi pelbagai produk seperti barangan mewah.

Penjual dari kedai kecil dalam talian sehingga ke jenama antarabangsa seperti Apple, Nike dan L’Oreal turut serta dalam festival ini dengan mengurangkan harga produk mereka.

Turut sertai festival ini ialah selebriti terkenal, penyanyi dan bintang sukan dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam acara dan persembahan promosi dalam talian di rangkaian TV Cina sepanjang festival. Katy Perry merupakan salah seorang penyanyi yang melakukan persembahan secara ‘livestream’ pada Selasa lalu.

Singles Day di China jatuh pada 11 November pada setiap tahun.

Sumber: CBS News, Alizila

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here