Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

8911

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sepuluh buah negeri pada petang ini.

Berdasarkan amaran tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka bakal melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Amaran itu berkuatkuasa di keseluruhan negeri Perlis dan Johor serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Hujan lebat disertai ribut petir dijangka berlaku sehingga 5 petang ini. Oleh itu, orang ramai di daerah terlibat dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar rumah atau bangunan.

Sumber: MetMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here