Sebuah Pesawat Ringan Dipercayai Mendarat Cemas Atas Lebuh Raya

830

Gambar sebuah pesawat ringan yang tular membuat pendaratan cemas di lorong kecemasan sebuah lebuhraya di Selatan tanah air menarik perhatian orang ramai.

Pesawat itu dilaporkan mendarat di KM47.9 Lebuhraya PLUS, sebelum susur keluar Sedenak arah selatan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diketahui.

Kejadian itu telah menarik perhatian warga maya yang bersyukur dan kagum dengan kepakaran juruterbang mendarat dengan baik tanpa mengakibatkan kemalangan.

Sumber: Info Roadblock JPJ & Polis, Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here