Lelaki Ini Teruja, Akhirnya Dapat Singgah Solat Di Surau ‘Langgar Rindu’ Di Terengganu!

468

Seni bina surau yang unik ini dihiasi dan diperbuat daripada kayu sahaja. Sungguh tertarik dengan nama yang diberi iaitu Surau Langgar Rindu oleh seorang insan yang menyumbang keringatnya untuk abadikan sebagai rumah ibadat persinggahan untuk orang luar dan komuniti setempat.

Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Syazrin Yazid menerusi laman Facebooknya.

Apa yang lebih tertarik dengan keindahan surau ini, Haji Abdul karim Embong atau lebih mesra dengan panggilan Poksu berjaya membina surau ini dengan hanya menggunakan kayu pokok tembesu yang terbuang serta kayu cenggal.

“Impian termakbul untuk singgah solat disini…”

Teruja dengan senibina Surau Langgar Rindu yang dibina oleh Hj. Abdul Karim Embong. Moga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal atas usahanya yang menakjubkan membina surau ini dengan tulang empat keratnya.⁣

Bagi sesiapa yang melalui jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai, saya sarankan singgah solat di sini disamping menikmati keindahan senibinanya.

Jadi, kepada orang ramai yang ingin melalui jalan utama Kuala Terengganu – Marang bolehlah singgah sebenar menunaikan solat di surau yang indah ini.

Sumber: Syazrin Yazid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here