Berkahwinlah Kerana Allah, InshaAllah Segala Dugaan Dapat Kita Hadapi Dengan Tenang!

545

Perkahwinan mungkin sebuah penjara, namun orang beriman yakin dengan memenjarakan diri dari dosa demi untuk membolehkan kehidupan yang bebas di jannah nanti.

Perkahwinan mungkin sebuah syurga, dan orang bijak tahu kelalaian menjaganya akan menjadikannya sebuah neraka. Nakhodalah yang mencorakkannya, pembantu nakhoda yang setialah yang memperkukuhkannya.

Berkahwinlah bukan kerana apa yang kita boleh dapat daripada pasanagan tetapi berkahwinlah kerana apa yang kita boleh bagi pada pasangan.

Dengan itu, kita akan sentiasa mahu berusaha akan sentiasa berasa cukup akan sentiasa rela bersabar dan akan sentiasa redha dengan ketidaksempurnaa pada pasangan.

Kerana kita tahu, dalam perkahwinan bukan hanya kebahagiaan di dunia yang dikejar, tetapi ketersediaan dalam melaksanakan tanggungjawab itu yang akan memberikan kia kebahagiaan berterusan di akhirat kelak.

Berkahwinlah kerana Allah SWT, Inshaallah segala urusan dapat kita hadapi dengan tenang.

Sumber: Pesona Pengantin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here