Google Raikan Biduanita Saloma Di Doodle, Sempena Tarikh Diangkat Sebagai Biduanita Pertama Negara

235

Siapa yang tidak kenal dengan Biduanita Saloma atau nama sebenarnya Puan Seri Datin Amar Salmah binti Ismail. Beliau juga merupakan isteri ketiga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Beliau seorang yang sangat terkenal dengan suara yang merdu dan lakonan yang mantap dalam filem-filem arahan Tan Sri P Ramlee. Antara filem yang popular dihati rakyat iaitu Labu Labi, Seniman Bujang Lapok, Keluarga 69 dan Ahmad Albab serta banyak lagi.

Bukan itu sahaja, nyanyian beliau turut diingati hingga ke hari ini. Lagu-lagu yang sentiasa dimainkan sehingga kini antaranya Selamat Pengantin Baru, Malam Bulan Dipagar Bintang serta Bila Larut Malam.

Hari ini, pada tanggal 26 November 2020, Google Doodle telah memaparkan doodle khas buat Saloma sebagai penghargaan dalam bidang seni. Pemilihan tarikh ini bersempena penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada Allahyarhamah oleh kerajaan Malaysia ketika itu.

Lihatlah, jasa pengiat seni Tanah Air ini diangkat ke mata dunia.

Sumber: Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here