Bila Dah Ada Someone, Janganlah Berlagak Single!

706

Tidak dinafikan dalam sebuah perhubungan akan ada pasang surutnya. Perselisihan faham dan petengkaran kecil adalah lumrah. Umumnya, dalam sebuah perhubungan, perlu ada sikap toleransi, bertolak ansur, saling memahami, menghormati, setia dan jujur.

Namun, sering kali kita terlupa, terutamanya apabila sudah terlalu selesa dan sudah lama menjalinkan hubungan, tingkah laku dan sikap kita boleh mengundang keretakan dan pergaduhan dalam perhubungan.

Kesan terhadap diri

Sering kali individu yang berada dalam cinta toksik ini tidak sedar bahawa mereka dalam perhubungan toksik. Paling kronik jika mereka sedar tentang perkara itu tetapi cuba untuk menafikannya hanya kerana berasakan tidak mampu hidup tanpa pasangan. Oh, come on, you deserve someone better.

Sebenarnya berada dalam hubungan cinta berbahaya ini boleh memberikan impak negatif kepada kehidupan anda. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk anda sedar jika anda sedang menjalinkan hubungan toksik ini.

Antara kesan yang boleh berlaku adalah:

Sentiasa rasa bimbang

Berada dalam hubungan yang penuh toksik ini akan membuatkan anda dalam keadaan bimbang. Rasa risau dan takut sentiasa menyelubungi diri anda. “Boleh ke nak keluar ni?”, “Nak beli barang ni, agak-agak dia bagi tak?”, itu adalah antara persoalan yang akan sering bermain di fikiran anda.

Menjadi tertekan

Sudahlah sentiasa dalam keadaan bimbang dan takut, ditambah pula dengan rasa tertekan. Semakin kronik perhubungan anda, semakin anda akan menjadi tertekan. Kebiasaannya tekanan yang anda hadapi, lama-kelamaan akan mewujudkan jurang perhubungan antara anda dan individu di sekeliling anda seperti keluarga dan rakan baik.

Prestasi menurun

Gabungan rasa bimbang dan tekanan merupakan satu kombinasi yang akan memberikan kesan terhadap prestasi kehidupan anda, terutamanya melibatkan pekerjaan. Keadaan yang anda hadapi mungkin akan mengakibatkan anda hilang fokus dalam kerja yang perlu anda lakukan.

Gangguan kesihatan

Ini merupakan antara kesan yang paling negatif. Apabila perhubungan anda dengan keluarga dan rakan semakin jauh, prestasi kerja yang merosot, tekanan dan rasa bimbang yang bercampur, menyebabkan anda menjadi sangat negatif. Keadaan ini tidak mustahil boleh memberikan kesan secara langsung kepada kesihatan anda.

Jadi bagaimana untuk menghentikan cinta toksik ini? Hello Doktor ada jawapannya.

Hentikan cinta toksik

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghentikan hubungan dan cinta toksik yang anda lalui.

Jujur

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk menjadi jujur dengan diri anda sendiri. Tanyakan kepada diri anda, adakah ini bentuk perhubungan yang anda harapkan? Sampai bila anda dapat bertahan? Setiap perkara anda hadnya. Jadi berhenti daripada membiarkan diri anda diri terjerumus dalam hubungan memberikan penderitaan ini.

Tekad

Pada mulanya anda mungkin akan berasa berbelah bahagi dengan keputusan untuk menghentikan hubungan cinta toksik yang anda lalui. Namun, tekadkan hati anda. Berhenti dan elakkan segala bentuk perhubungan komunikasi dengan si dia. Tidak perlu ada rasa kasihan kepada si dia.

Ia mungkin sukar, tambahan pula jika hubungan tersebut sudah terjalin bertahun-tahun lamanya. Tetapi sesuatu yang sudah lama terjalin belum tentu terbaik untuk anda. Percayalah anda berhak untuk mendapatkan individu yang lebih baik.

Pengganti

Walaupun mungkin akan ada individu yang menyarankan anda untuk mencari pengganti, jangan sama sekali mengikuti saranan tersebut selagi anda belum benar-benar bersedia. Risiko anda untuk tertarik kepada perhubungan yang lebih bertoksik adalah lebih tinggi. Jadi bersabar.

Belajar untuk menyayangi diri anda terlebih dahulu, itu adalah yang sebaiknya. Ini kerana tiada siapa yang akan menyayangi diri anda (selain keluarga anda) lebih baik daripada diri anda sendiri.

Sokongan

Anda tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan dan sokongan daripada individu sekeliling anda. Jika berasakan anda memerlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dirasai, dapatkan teman yang rapat dan boleh dipercayai. Luahkan, jika terasa ingin menangis, maka menangislah.

Redha
Berhenti menyalahkan diri sendiri atau bertanyakan mengapa itu semua berlaku kepada anda. Percayalah, setiap yang berlaku mempunyai sebab yang tersendiri. Kita hanya merancang dan Tuhan menentukan segalanya, bukan? Senyum dan percayalah akan hadir sinar dalam hidup anda.

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here