Mandi Sehari Sekali Antara Rahsia Wajah Kekal Awet Muda!

1922

Banyak petua berguna untuk anda gunakan untuk nampak lebih muda dari usia, dan satu petua yang bakal dikongsikan ini sudah pasti akan membuatkan anda terkejut!

Rahsianya cuma mandi sekali sahaja seminggu. Itulah yang dikatakan oleh pereka fesyen terkenal, Vivienne Westwood.

Ratu fesyen berusia 76 tahun itu mendedahkan perkara itu kepada umum baru-baru ini selepas menyaksikan pertunjukan fesyen daripada suaminya, Andreaas Kronthaler di Minggu Fesyen Paris.

Ketika ditanya wartawan apakah rahsianya tampil dan nampak begitu muda, Westwood menjawab,

“Jangan terlalu kerap mandi.”

Hal itu, disahkan oleh suaminya Kronthaler yang berusia 25 tahun lebih muda, berkata,

“Dia cuma mandi sekali seminggu. Disebabkan itu, dia kelihatan cukup berseri-seri. Saya cuma mandi sekali sebulan.”

Westwood juga berkata faktor selalu tergesa-gesa pada waktu pagi membuatkan dia tidak sempat mandi.

“Saya selalu tidak sempat mandi selepas Andreas,” ujarnya.

Selain itu, Westwood cuma mengamalkan memakan sayur-sayuran sahaja dan berkata dia cuma membersihkan apa yang perlu sahaja pada badannya setiap hari.

Itu adalah tips daripada pereka fesyen tersebut, namun mungkin tidak sesuai dengan anda. Ada sesetengah orang tidak boleh jika tidak mandi kerana badan akan rasa melekit dan tidak selesa.

Terpulang kepada anda untuk mengikuti tips tersebut atau tidak.

Kredit: hanasuva.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here