Amalkan Minum Jus Lemon Dan Nanas, Khasiatnya Buat Ramai Tercengang!

1013

Amalkan gaya hidup sihat termasuklah menjaga dan mengamalkan pemakanan yang memberikan kesan baik untuk kecantikan dan kesihatan kita. Buah-buahan juga banyak mengandungi manfaat untuk kecantikan. Hanya perlu makan secara konsisten dan ingat, jangan berlebih pulak ye!

Kombinasi Jus Nanas Dan Lemon

Lemon sudah diakui ramai akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Namun masih ramai yang mungkin menggelakkan untuk minum air lemon setiap hari apatah lagi dalam keadaan perut kosong sedangkan air lemon yang bersifat alkali memiliki banyak manfaat kesihatan jika diminum setiap hari.

Begitu juga buah nanas yang sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan jika diamalkan. Bahkan dikatakan jus lemon dan nanas andai diamalkan dapat membantu kita awet muda. Wow. Siapa tak nak kan?

Bayangkan kalau kita memasukkan kedua buahan hebat ini di dalam diet harian kita. Tentu banyak manfaatnya kan?

Amalkan Untuk Tingkatkan Khasiat

Jika anda minum air lemon dengan campuran jus nanas, ia akan meningkatkan manfaatnya kerana nanas termasuk di dalam buah yang kaya serat dan kandungan air.

Seimbangkan pH

Dipetik daripada Healthy Life Tricks, minum campuran air lemon dan nanas dapat membantu menyeimbangkan pH dan meningkatkan kesihatan tubuh. Perlu diketahui, tingkat pH sangat berkaitan dan memengaruhi keadaan kesihatan tubuh.

Setidaknya ada lima kebaikan jika kita amalkan meminum air lemon dan nanas setiap hari. Jom semak!

Amalkan Untuk Bantu Kurangkan Berat Badan

Kandungan pektin dalam lemon dapat mengurangi rasa lapar. Penelitian pun telah menunjukkan bahwa air lemon dan nanas membantu diet lebih efektif menurunkan berat badan.

Atasi Sakit Gigi

Minum campuran air lemon dan nanas juga dipercayai mampu membantu mengatasi sakit gigi dan radang gusi. Ini kerana minuman ini boleh membantu mengurangi rasa sakit.

Tubuh Kekal Hidrasi

Buah-buahan ini membantu melembapkan tubuh secara menyeluruh. Jadi, elok dimasukkan dalam diet seharian kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here