Jadual Intermittent Fasting 12.12 Wanita Ini, Latih Diri Berhenti MAKAN Sebelum Kenyang!

1073

Daripada perkongsiannya ini, ramai dah mencuba dan akuinya ramai yang sudah berjaya. Tipnya mudah saja. Yang penting elak minuman bergula, jangan skip air masak. Sejuk berais pun boleh minum, tiada masalah sebabkan perut buncit.

Kongsinya, “dah lama tak share tips diet. Macam mana aku lost 28kg. From 98kg to 70kg. Ok meh nak citer.

1. ELAKKAN SEGALA MINUMAN BERGULA

Minum air masak je. Tak perlu 2 – 3 liter. Cukup sekadar kau haus, then teguklah air masak. Tak kisahlah air dalam peti, air luar peti, air berais. Semuanya lulus sebab air batu atau air peti tak berkalori. Jangan takut dengan mitos-mitos yang mengatakan bahawa minum air sejuk peti atau berais ni membuncitkan perut. Jangan kau teguk air panas mendidih sudahlah.

2. AMALKAN DIET INTERMITTENT FASTING (IF)

IF ni macam puasa, tapi bukan macam puasa kita umat islam selalu buat tu. IF ni puasa yang tak boleh makan dan dibenarkan minum sahaja. Itupun minuman tak berkalori. Air kosong!

Kalau ada yang kata, lebih baik kau puasa sunat. Itu terpulang. Pergi main jauh-jauh, jangan memekak islamik bagai kat posting aku.

Kau puasa sunat niat nak puasa sunat demi Allah ke demi nak kurus? #sistanyejeh

Ok, berbalik kepada topik asal. IF boleh dibuat ikut keselesaan kau. Ada orang buat 12:12 atau 16:8. Apa tu? 12 jam puasa, 12 jam lagi boleh makan. 16 jam puasa, dan 8 jam boleh makan.

Jam yang boleh makan tu jangan kau mentekedarah tanpa henti dalam masa 8 jam atau 12 jam tu. Biarlah berjadual ok.

Contoh Jadual Intermittent Fasting 12.12

Ini contoh jadual masa makan untuk IF 12:12

Sarapan 8 am
Snack 10am
Lunch 1 pm
Snack 5 pm
Dinner 7 pm

Selepas pukul 8 pm kau dah tak dibenarkan ambil apa-apa makanan dan minuman berkalori. Cuma air kosong SAHAJA.

3. SARAPAN SEKADAR ALAS PERUT

Pagi-pagi perut masih kosong. Janganlah kau kejutkan dia dengan makanan berat. Nasi lemak, nasi minyak, nasi nasi nasi.

Makanlah sekadarnya sahaja.

2 biji telur separuh masak dan

2 keping roti bakar.
Atau;

Sandwich telur

4. SNACKING

Beberapa jam selepas sarapan tu comfirm kau laparkan? Makanlah. Tapi, cukup dengan buah-buahan sahaja dan sekadar alas perut juga. Masa inilah nak latih “makan ketika lapar”

Macam tu juga dengan snacking petang.

5. AMALKAN SUKU-SUKU SEPARUH (SSS)

Jika kau memilih untuk makan nasi untuk lunch dan dinner amalkan pinggan SSS. Apa tu?

Suku Pinggan Nasi

Suku Pinggan Lauk

Separuh Pinggan Sayur

Jangan gatal tangan repeat pinggan SSS kau tu untuk kedua kali pula. Walau apapun yang terjadi, tolong berhenti makan selepas pinggan SSS kau tu licin. Masa inilah kau nak latih diri kau ‘berhenti sebelum kenyang’.

6. NO KUIH MUIH OR JUNK FOOD

Segala kuih, kek, makanan ringan, makanan segera tolong elakkan. Nak kurus tak? Kau sekolah tak?

Nak kurus tolong ikutlah. Tinggalkan sekejap kuih muih, kek, pastry semua tu.

Masih makan sedap-sedap, tidur 7 jam, lepas enam bulan hilang 30kg.

Diet Intermittent Fasting, rehatkan usus perut dalam 12-14 jam, bantu hilang lebih kilo.

7. SENAMAN

Pilihlah apa-apa senaman yang kau mampu. Ringan-ringan saja. Search di Youtube. Buat 30 minit setiap hari.
Ok. Itu saja tips dari aku. Rasanya dah tak ada yang tertinggal kot

Aku bercerita melalui pengalaman aku dan aku bukanlah seorang coach. Jadi kalau tak setuju dengan cara diet aku, itu terserah kau orang. Yang rasa diet aku tak ok untuk kau, sila main jauh-jauh.

Yang rasa diet ni ok, ambil dan amal. Jangan buat pekasam. Sampai bila nak ternak lemak tu? Pastu salahkan aku bagi tips tak menjadi.

Goodluck gais. Enjoy your diet journey.

#tipskurusfarhananazli1

MW : Dalam usaha turun berat paling penting, kena fokus ikut jadual dan cara diet IF yang dikongsi. Dan konsisten amal. Kalau sekejap buat, sekejap tinggal sampai bila pun tak berjaya.

Sumber/Foto : Farhana Nazli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here