Jenazah Kiai Dilapor Harum Semerbak, Walaupun Selepas 3 Tahun Dikebumikan!

831

Tular di Indonesia, jenazah seorang kiai masih lagi kekal elok walaupun sudah tiga tahun dikebumikan.

Jenazah yang dikenali sebagai KH Ahmad Baidowi itu merupakan seorang kiai di Dusun Banbalang, Desa Batoporo Barat, Madura.

Kuburnya dipercayai telah musnah kerana hujan lebat pada Isnin lalu.

“Hujan turun dengan sangat lebat pada Isnin lalu, ada beberapa pelajar sekolah agama yang melihat kubur bapa dan melaporkan kepada saya,” kata anak kepada Allahyarham kiai itu, KH Sufyan Ahmad.

Mereka bersama-sama membaiki kubur itu dengan bantuan penduduk setempat. Sufyan yang juga seorang kiai mengaku cukup terkejut saat melihat jenazah bapanya masih lagi kekal seperti saat dikebumikan, rambut Kiai Baidowi juga dilihat masih ada.

Pun begitu, dia tidak membenarkan orang lain masuk ke liang lahad dan memegang jenazah.

Proses membaiki kubur itu dilakukan dengan menggantikan kain kafannya dengan yang baru tanpa memindahkan mayat dan mengubah posisi mayat.

Menurut Detik News, selain fizikalnya yang tidak berubah, jenazah itu juga berbau wangi.

“Bapa saya biasa-biasa saja, cuma dia sentiasa bergaul dengan penduduk, mengajar orang mengaji dan mengajar agama,” katanya.

Dia juga mengatakan bahawa bapanya sentiasa ikhlas dan jujur dalam mengajarkan agama Islam pada penduduk.

Sumber: Detik News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here