Orang ramai pada pagi ini kecoh kerana penutupan jalan di Jalan Bangsar dari arah KL Sentral menghala ke Abdullah Hukum kerana dipercayai terdapat satu kes jenayah di lokasi tersebut.
Menerusi ciapan ITIS_TRAFIK pada pagi ini, lokasi tersebut berada dalam kawalan Polis Trafik sementara dalam proses menunggu pihak forensik sampai.
Orang awam temui lelaki terbaring tidak sedarkan diri di Jalan Bangsar pagi tadi. Polis sahkan telah meninggal dunia. Tiada pengenalan diri. Temui kecederaan akibat objek tajam pada badan mangsa. Kes siasat mengikut 302 Kanun Keseksaan. pic.twitter.com/IqpiihlPhB
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 19, 2020
Trafik juga dilaporkan sesak dari susur KL Sentral pada pagi tadi.
Jalan Bangsar : Penutupan jalan di Jalan Bangsar dari arah KL Sentral menghala ke Abdullah Hukum. 1 kes jenayah di lokasi. Kawalan Polis Trafik di lokasi. Dalam proses menunggu pihak Forensik sampai. #itisdbkl #dbkl2u #kltu pic.twitter.com/YYte4h6iFC
— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) November 18, 2020
Menerusi ciapan BernamaTV sebentar tadi, orang awam dilaporkan telah menemui seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di Jalan Bangsar. Polis juga telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia.
Sumber: ITIS_TRAFIK