Mudahnya, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’

    904

    Akhir-akhir ni memang popular betul tauhu begedil. Kalau dulu orang selalu buat tauhu sumbat, tapi yang ni lain sikit. Tauhu begedil menggunakan tauhu kering dan intinya pula seakan-akan begedil (kentang lenyek yang dimasak bersama isi ayam atau daging).

    Rata-rata, ramai yang dah cuba memang kata sedap. Bayangkan sajalah, bila digigit tu rasa rangup di luar, bila dikunyah pula empuk dan lembut di dalam. Makin syok pula bila dicicah dengan sos yang sedap. Memang ‘power’, sebab tulah agaknya sampai viral satu Malaysia.

    Apapun, bagi yang susah nak jumpa tauhu begedil ni dan tak tahu nak beli di mana, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Mudah saja sebenarnya. Ini resepi perkongsian Puan Norzieana Mior Norahan. Katanya, first time cuba terus menjadi. Alhamdulillah… Memang senyum sampai ke telinga!

    MUDAHNYA, INI RESEPI TAUHU BEGEDIL YANG LAKU KERAS. SOS PUN ‘POWER’

    Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara buat tauhu begedil di bawah ini.

    BAHAN TAUHU BERGEDIL

    1 bungkus besar tauhu kering
    3 biji kentang (rebus & lenyek)
    1 cawan isi ayam dikisar
    1 tin cendawan butang dicincang
    10 ekor udang dicincang
    1 biji cili merah besar dicincang
    3 biji bawang merah digoreng
    daun bawang & daun sup
    serbuk lada putih & hitam secukupnya
    garam secukup rasa

    BAHAN CELUP TAUHU

    3 biji telur
    garam secukup rasa

    CARA-CARA

    1. REBUS & LENYEK KENTANG

    Mula-mula rebus kentang sehingga masak. Kemudian lenyekkan macam kita nak buat begedil.

    2. BUAT INTI BEGEDIL

    Isi ayam dimasak sebentar hingga airnya kering. Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas dan gaulkan bersama kentang yang dah dilenyek tadi. Boleh perasakan ikut citarasa masing-masing.

    3. ISI DALAM TAUHU

    Seterusnya ambil tauhu kering dan guntingkan di atasnya. Keluarkan isinya. Tapi jangan membazir pula, ambil isi ini dan masukkan bersama bahan inti tadi.

    Kemudian sumbatkan semula inti ke dalam tauhu.

    4. GORENG

    Sebelum gorengkan tauhu begedil, celupkan dengan telur supaya kulitnya lebih rangup dan isinya pula tak tertanggal. Rasanya pun lagi sedap.

    Bahan Celup Tauhu

    3 biji telur
    garam secukup rasa

    Caranya, kocak telur dan garam. Kemudian celupkan tauhu yang dah disumbat dengan begedil. Sambil tu panaskan minyak dalam kuali dan terus goreng hingga kekuningan.

    5. BUAT SOS

    Tak lengkaplah tauhu begedil kalau tak ada sos yang power kan? Jom kita tengok cara membuat sosnya pula.

    Bahan Sos Cicah

    6 tangkai cili kering digoreng & blend
    4 tangkai cili padi siam digoreng & blend
    2 ulas bawang putih
    2 sudu gula perang
    1 sudu sos tiram
    2 sudu kicap manis

    sedikit tepung gandum @ tepung kentang yang dibancuh air
    Caranya mudah saja, masak kesemua bahan hingga pekat. Lepas tu macam biasa, perasakan ikut citarasa masing-masing.

    SEDAPNYA!

    Beginilah hasilnya tauhu begedil yang viral tu. Mudah rupanya nak buat sendiri di rumah.

    Jadi lepas ini tak payah susah-susah nak cari tauhu begedil lagi. Boleh makan puas-puas satu famili. Sesuai sangat untuk minum petang. Bahannya simple, cara buat pun senang kan? Rugi tak cuba tau!

    *Resepi tauhu begedil ini disumbangkan oleh Puan Norzieana Mior Norahan menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here