Tempat Menarik Di Langkawi Tahun 2020, Info Wajib Anda Tahu!

    1184

    Cable car Langkawi ini menggunakan teknologi Swiss. Bukan cap ayam. Jadi jangan risau sangat bila anda duduk dalam gondola anda.

    Jaraknya boleh tahan jauh. Dari stesen bawah ke Stesen Tengah, jaraknya 1.7 km. Tapi penantian ke platform satu lagi amatlah menyiksakan kalau anda takut tempat tinggi.

    Satu lagi yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana lantainya kaca, dan tali kabelnya panjang sehingga tidak nampak hujungnya. Gondola ini juga akan naik dengan curam.

    Tingginya anda diangkut membuatkan pokok-pokok balak di bawah kaki anda nampak kerdil dan kapal laut yang sebesar bangunan sudah jadi sekecil semut.

    Tapi tarikan tempat ini belum habis. Jangan lupa berjalan di jambatan gantung Langkawi pula ya?

    Jambatan Gantung/Skybridge

    Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan. Sebabnya, kerana ia duduk di atas gunung, dan digantung ditengahnya dengan hanya satu tiang besi.

    Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Wohaaaa!! Hebat dok?

    Dan jangan berhenti sahaja kat sini. Teruskan naik sampai ke puncak.

    dek memerhati di skybridgeKredit gambar : natsukioro
    Kat sini boleh layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati. Pegang telefon elok-elok, takut jatuh, jadi hadiah buat tupai di bawah.

    Kalau tekak kering disebabkan banyak menelan air liur sewaktu kereta kabel naik ke sini, ada kafe untuk anda basahkan tekak.

    Jika anda tunggu sehingga ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini. Pemandangan masa ini, memang padu.

    Gondola terakhir akan turun pada pukul 8 malam. Jangan terlepas pula ya?

    Rentas Desa/Skytrail

    Nak lebih ummph? Dari stesen tengah, naik ke stesen teratas dengan merentas denai khas. Perjalanan naik ke atas mengambil masa 30 minit.

    Tips

    1. Kereta kabel ini tidak berhenti sewaktu mengambil penumpang. Jangan leka main FB sewaktu tiba giliran anda masuk ke dalam gondola.

    2. Beratur untuk menunggu giliran untuk naik memang lama kalau anda beratur bersama rombongan pelajar sekolah. Oleh sebab mereka selalunya ramai, jika anda ke Langkawi dengan keluarga sewaktu musim cuti sekolah, datang seawal mungkin agar tidak perlu beratur panjang.

    1. TIKET KERETA KABEL / SKYCAB

    Warganegara 43 33
    Pelancong Asing 85 65
    Beli Tiket Diskaun Kereta Kabel
    Penting: Tiket kereta kabel Langkawi datang secara combo 4-dalam-1 ( Kereta Kabel Skycab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi )

    2. TIKET SKYCAB + EXPRESS LANE

    Warganegara 93 83
    Pelancong Asing 135 115
    Beli Tiket Express Lane

    3. TIKET SKYCAB — GLASS BOTTOM GONDOLA
    Warganegara / Pelancong Asing 105 105

    4. TIKET SKYCAB –PRIVATE GONDOLA
    Warganegara / Pelancong Asing 550 (utk 6 orang)

    5. TIKET SKYCAB — VIP GONDOLA
    Warganegara / Pelancong Asing 550 (utk 6 orang)

    Info Penting Tiket
    1. Semua jenis tiket kereta kabel (tiket Normal, Express, Glass Bottom etc) memang datang secara tiket 4-in-1.
    2. Kanak-kanak 1 tahun ke bawah masuk percuma.

    Akan tetapi cara terbaik ialah dengan menyewa kereta atau motor semasa cuti anda di sini.

    – Sewa kereta/ van di Langkawi (dari RM 70)
    – Sewa motor di Langkawi
    – Tarikan Berdekatan
    – Kalau anda cergas dan sanggup meredah ratusan tangga tinggi, jangan lupa melawat Air Terjun Telaga Tujuh yang hampir dengan tempat ini.

    Dan kat kawasan Oriental Village ini juga ada beberapa tarikan lain — macam Time Travel Imaginarium dan juga Muzium 3D Langkawi.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here