Ketahui Punca Wajah Tua Dari Usia Sebenar!

2329

Ada sesetengah wanita sering menghadapi masalah wajahnya kelihatan tua daripada usia sebenar. Keadaan sebegini memberi tekanan kepada dirinya bukan sahaja dalam mencari teman hidup, malah menjadi ejekan teman-teman kerana dianggap sudah beranak tiga.

Mari kita selidiki apakah punca masalah yang membelenggu diri ini dan cara penyelesaiannya.

Hormon

Perubahan hormon yang berlaku dalam badan boleh menyebabkan kulit dan muka anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Ini kerana hormon estrogen dalam tubuh saling mempengaruhi tahap produktiviti kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.

Genetik

Faktor sebegini tidak boleh dielakkan. Jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua dari usia sebenar. Usah mengeluh. Perbanyakan makan ulam ulaman serta air suam untuk melambatkan proses penuaan tersebut.

Stres

Stres yang berlebihan boleh menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Untuk mengatasinya, lakukan aktiviti seperti berenang, membeli-belah atau bersenam jika anda di dalam keadaan stres.

Alkohol & Rokok

Kandungan racun yang terdapat pada rokok dan alkohol mempunyai radikal bebas yang dapat menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Oleh sebab itu kulit akan menjadi cepat kering tua berbanding usia sebenar.

Pola makanan tidak sihat

Jangan makan sembarangan jika anda mempunyai masalah kulit cepat kering atau cepat tua. Sebaiknya perbanyakan makan buah-buahan atau sayuran dan juga omega 3 dalam memberikan kulit yang sihat dan awet muda.

Sinaran matahari/UV

Kerepot juga muncul akibat terkena cahaya panas matahari atau dengan menggunakan metod pewarnaan kulit seperti tanning bed. Sinar UVA dan UVB yang menembusi kulit akan menyebabkan kelembapan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.

Tip:

– Elakkan minum ais supaya wajah kelihatan muda dan cantik.
– Amalkan membaca selawat pada segelas air kosong dan
meminumnya setiap kali bangun tidur.
– Pengambilan kolagen yang bersesuaian mampu menambahkan –
kolagen pada kulit.
– Amalkan tidur secukupnya dan jangan sering tidur lewat. Ini boleh
menyebabkan eyebag di bahagian berkenaan.
– Sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum walaupun mempunyai
masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here