Kanabis Kekal Dilarang Di Malaysia Walau PBB Telah Gugurkan Dari Jadual IV Konvensyen Tunggal Dadah 1961

584

Keputusan Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik pada 2 Dis 2020 di Vienna berkaitan kanabis dan resin kanabis tidak mengubah status kawalan bahan tersebut dalam negara.

Persidangan lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah gugurkan kanabis dan resin kanabis dari Jadual IV Konvensyen Tunggal Dadah 1961 tidak ubah status kawalan bahan itu di Malaysia.

Dalam kenyataan media hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan bahawa kanabis dan bahan-bahan berkait dengan kanabis kekal di kawal bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana undang-undang akan dikenakan ke atas pihak yang melanggar peruntukan undang-undang ini.

“Bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkotik itu untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen 1961 juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat bawah Jadual I Konvensyen 1961.”

Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global,” katanya dalam satu kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here