(Video) Pegawai Polis Ini Layan ‘Scammer’ Menyamar Sebagai Staf Pos Malaysia, Siap Ajar Buat Laporan Polis

812

Tidak dinafikan jenayah melalui panggilan telefon ini telah lama berleluasa sehinggakan melibatkan ahli keluarga dalam masyarakat kita.

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak polis namun masih ada segelintir individu yang tertipu dengan sindiket ini kerana mereka sangat licik.

Mungkin menyamar sebagai pihak berkuasa dan pegawai bank sudah lapuk, penjenayah ini lebih ekstrem apabila menakut-nakutkan mangsa dengan tuduhan dan keslahan yang palsu sehinggakan mangsa terpedaya.

 

Terkini, seorang penjenayah sindiket penipuan menyamar sebagai pekerja Poslaju. Tetapi kali ini, ‘mereka’ tersalah langkah apabila panggilan tersebut telah diterima oleh seorang pegawai polis.

Menerusi video yang dikongsikan ini, seorang pegawai polis ‘melayan’ panggilan tersebut yang didakwa dari ‘Pos Malaysia Kuala Lumpur’ kemudiannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Sabah.

Sumber: Rahmat Fitri via Siakap Keli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here